الله هو ربي وبلدي النبي محمد وبلدي الدين الإسلام

Sep 1, 2015

Need a Shouldeer Like u (blog)


Ehemm, dah berhabuk serta berkarat manja blog kesayangan syaheed ni XD hahah, ayat gedik and common la bagi yang lama tak update kan.. Merintih dengan Allah dah, dengan kawan2 dah walaupun berlapis gila, dengan family malu laa. Blog pula.. Nak tanya orang dalam blog ni walaupun tiada siapa baca,  perempuan cari lelaki atau sebaliknya? jengg2, mesti cakap lelaki kan, yelah nanti cakap perigi cari timba lah, itik cari ayam lah, siku cari pusat lah, aduhh.
 
Tapi macam mana kalau lelaki tu malu, malu nak luahkan, malu nak pandang apatah lagi nak berbual panjang. Tak mahu jadi macam antara kawan baik syaheed ni, dia terlalu sayang, terlalu menjaga dan memang nak buat bini suatu hari nanti  tapi malu lebih daripada semua tu, akhirnya melepas. Tak tahu la, nak kesian dekat dia atau perempuan tu.. Yla, perempuan tu kesian lagi menyedihkan sebab melepaskan lelaki (kawan) syaheed tu yang baik, beragama, rupa ada dan paling penting, betul2 kasih dengan dia..aishh

Jodoh...
Kalau tak cari, macam mana nak jumpa? Kalau tak usaha, macam mana nak dapat? Paling penting, macam mana nak dapatkan jodoh dengan jaga ikhtilat sebaiknya, jaga hati mata iman sebaiknya, jaga nafsu perasaan supaya sentiasa dalam mode berjaga? Dengan kata mudah, islamik punya. Macam mana?

Cinta di bangku sekolah..
Ada yang panggilnya cinta monyet.. Syaheed macam student lain, pernah mencintai dan dicintai. Tapi sampai sekarang tak percaya dengan cinta jenis tu, yelah sebab kita belum matang, otak fikir nak enjoy, tak fikir penerimaan family, tak fikir kehidupan sebelum dan selepasnya. Bahagia atau tidak. Mak pun selalu pesan, syaheed kalau nak cari bini, carilah di U.. Masalahnya, semua dekat sini dah bertunang laa, bernikah laa, yang ada 2 orang anak pun ada aduhh. Yang berkapel jangan cakap la. Memang betul, kapel tak bermakna diorang akan kahwin.. Tapi hati syaheed kuat mengatakan, kuat mendoakan supaya mereka cepat2 kahwin, sebenarnya tak setuju pun dengan tindakan tu sebab sifat cemburu dalam diri ni memang tak dapat dipisahkan. hahaha. Nanti mula lah nak marah tak tentu sebab, mula lah termenung sesorang, mula lah tadak mood nak buat semua benda,spoil. Try act cool and dont care but i could, it was really hard than i expected. hahah macam hareyy ayat XD yang penting, aku benci tengok orang kapel!

Twitter memang kena uninstall, tu tempat memenatkan aku, yelah tulis2 untuk lepas perasaan selepas tu delete sebab malu, sebab tak mahu orang lain tahu condition aku.. And then, penat la nak stalk je selalu, nak cemburu tanpa sebab, Semoga aku sentiasa terpelihara daripada sifat mazmumah, ya Allah yang Maha Mengasihani.

Kata2 seorang sahabat:
Aku suka, caring, menjaga bagaimanapun tetap tak dapat nak bagi dia suka aku. Yelah sebab tu kerja Allah, Tuhan yang Maha Esa yang memiliki segala dilangit dan dibumi untuk membolak balikkan hati. Selagi hatinya tak dapat disentuh, selagi tulah aku takkan dapat, walaupun instint kuat mengatakan yang aku akan pinang dia, kahwin dengan dia, hanya aku yang akan bagi dia kebahagian.. aduh, macam ayat novel -_-' tapi kenyataan, dia lebih happy bila dengan orang lain. Ya Allah, aku mohon supaya aku bersabar dan redho dengan apa yang Kau telah tetapkan di Luh Mahfuz. Ya Allah jika dia benar buatku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu. 







Syaheed tak kan mengalah sebab u will be mine. Someday
#JanjiAllahItuPasti




No comments:

Post a Comment