الله هو ربي وبلدي النبي محمد وبلدي الدين الإسلام

Dec 12, 2015

Mine


Hey blog, dia selalu cakap yang dia kalah apa semua dengan syaheed. Tapi sebenarnya dia tak tahu, dia banyak menang. Look at yourself and proud with it more than i do, tu je syaheed mampu cakap. Ada beberapa aspek yang syaheed lihat ada dalam diri dia, nak contoh? Hahhah. Susah nak taip sebenarnya, sebab taip tak indah seperti apa yang hati gambarkan, eceyh 😂 . 

                PILI CARA PILI CARA


Jujur itu yang paling ketara, setiap apa yang dia buat, dia tak menipu atau mereka cerita. Dia cakap apa yang betul atau dirasakan betul iaitu yang dia rasa. Contoh jujur dia buat? Banyak sangat. Jadi, syaheed memang percayakan dia walaupun dia cakap benda tak logik or susah diterima dek akak, hahhaa.

Rendah diri tu memang sebati lah dalam diri dia. Dia kalau boleh kan nak low profile je, tak mahu orang kenal pun or tengok dia. Jalan menunduk walaupun syaheed tahu yang dia berani orangnya dan bersemangat. 

Baik hati dan menjaga hati memang no1 ciri2 dia. Dia kalau boleh nak jaga hati semua orang disekeliling tapi itu lah yang salahnya, sebab hati sendiri yang banyak terluka sebenarnya. Dia juga jenis yang tak boleh buat orang lain terasa, dia nak diri dia sahaja yang terasa. Diam apabila marah. Senyum walaupun pedih.

Tepati janji? Hurmm. Tentu sekali laa. Benda yang paling susah tapi dah janji, dia akan cuba laksanakan walaupun dengan perlahan lahan. Terharu dengan dia punya usaha memang tak boleh digambarkan. Syaheed hanya mampu tersenyum seorang diri. Nak bagi pujian memang tak laa. Dia tak suka orang puji dia. Tapi kalau hargai memang dia terima, hehhe. So, hargainya adalah bukti ikhlasnya hati syaheed berkawan dengannya.

Nak cerita dia punya keistimewaan or kemenangan, memang takkan habis weh! Tapi, keistimewaan dia juga boleh jadi kelemahan dia. Orang boleh ambil kesempatan kepadanya dan tentu sekali dia yang akan banyak terluka. In sha Allah, syaheed sebagai kawan dia, akan jaga dia selagi mampu. Sentiasa ada disaat diperlukan. 🌸







Oct 9, 2015

I Had to


Terpaksa menipu sebab tanak bagi rasa bersalah, hehee betulkan apa yang aku buat ni blog? Janji 5minit maksimum, hahahha! Aduhh kelakar.. Cemburu buta dan tak bersebab tadi hilang, padahal membe je kan kalau ikut betulnya. Tapi hati syaheed tak boleh tipu, hati dia syaheed tak tahu. Itu hal dia dengan Allah. Sakit mulut2, tersenyumm jee hahhahaha! Okay study3, ada 2 paper lagi kot . Kbye 🌱

Oct 8, 2015

Wake Up


Hey blog, kecewa dengan diri syaheed. Dia gelak ketawa dengan dia je syaheed turn to bad mood, spoil terus. Tak dapat kawal, tak dapat tahan, marah. Haihh

Sep 30, 2015

Month of Final


Ohoii blog, wassuupp dude.. Huhuu, bulan periksa ni sekarang. Jeng3. Rasa kecut perut tu ada, takut ada, malas pun ada. Hehee, in sha Allah nak buat yang terbaik. Baca dan fahamkan apa yang dipelajari, semoga Allah permudahkan. Nak berjaya, kena ada 3 perkara.. Usaha, doa, tawakal. Cukup 3 perkara tu, konpem la berjaya, hehee. Semoga kami semua berjaya didunia dan diakhirat. Benda2 remeh temeh, letak tepi dulu. Fokus! Sampaikan fii amanillah kepadanya, hiks🌱 

Sep 21, 2015

Tiredness


Hey blog, 2 minggu ni merupakan minggu yang busy tau. Sebab apa? Banyak assignment perlu hantar, banyak benda kena present. Aduuh. Semester ni, semua nak last minute je, tak paham betul lah, hahahha rasa macam nak gila dah ni. Belum cerita pasal video2 lagi, edit2 lagi, haishh.. Semoga dipermudahkan. Hati dan fikiran? Alhamdulillah dah boleh kawal.. Semua ni hanya nafsu je rupanya, tapi kalau ikutkan hati, i know that she is the choosen one hahahhhah. Siramnya sampai betul2 subur dan dia pun dapat berikan sesuatu yang syaheed inginkan. Inginkan apa? Sekeping hati. Blog! Stand by me k, penat wehh, hanya Allah yang tahu penatnya tu. K bubye blog! 🌱

Sep 20, 2015

Always Be My Side


1st time ni update blog guna phone, hehee. Im just want straighforward with you blog, syaheed tak boleh suka orang la rasanya, kalau da start suka, mesti terlalu ambil berat la, kuat cemburu la, tak mahu orang lain tengok la, apatah lagi sembang2 dengan dia.. Tak suka tengok orang lain buat dia tersenyum/ketawa lebih daripada yang syaheed buat. Lepas tu, tak mahu post pic walau sekeping pun yang ada muka dia, tak mahu orang tahu pun kewujudan dia. Teruk kan? Syaheed pun jadi malas nak chat dengan perempuan lain, reply sepatah2 je.. Padahal syaheed tahu, yang orang syaheed suka tu tak anggap lebih, just kawan or friendzone, who knows kan. Rasa macam nak jaga dia sebaik yang boleh dan semampu selagi syaheed berdaya tapi dia tak pasti lagi milik syaheed, mungkin bertepuk sebelah tangan.. Mungkin juga ni balasan sebab zaman kekanak dulu, acah2 playboy. Pantang lawa sikit, nak try, pastu bagi harapan palsu  tanpa fikir panjang. Jadi, macam mana ni blog? Blog paham tak sebenarnya ni situasi syaheed. Hehee. Blog rasanya, dia muak tak dengan perangai syaheed sekarang? Hahaa. Mata, hati dan fikiran dekat dia je. Blog ooo blog, mungkin syaheed da jauh daripadaNya, lalai. In sha Allah syaheed nak berubah, sebab janji Allah itu pasti. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jika syaheed dekat kepadaNya, urusan pun akan dipermudahkan. Blog, dia ada bf tau tapi tak bermakna dia akan kahwin dengannya kan. Usaha selagi boleh, syaheed perlukan Allah dan blog buat masa sekarang. Biarlah orang cakap syaheed lemah, merintih sini sorang2 selepas merintih kepadaNya. Syaheed dah tak mahu cari gf or whatever similar with it. Niat nak cari Jodoh terus, da penat, nak tawakkal kepada Allah pula tapi bukan bermakna lepas tangan. Usaha dulu. Always be my side ye blog ☺️ bubye 🌱

Sep 1, 2015

Need a Shouldeer Like u (blog)


Ehemm, dah berhabuk serta berkarat manja blog kesayangan syaheed ni XD hahah, ayat gedik and common la bagi yang lama tak update kan.. Merintih dengan Allah dah, dengan kawan2 dah walaupun berlapis gila, dengan family malu laa. Blog pula.. Nak tanya orang dalam blog ni walaupun tiada siapa baca,  perempuan cari lelaki atau sebaliknya? jengg2, mesti cakap lelaki kan, yelah nanti cakap perigi cari timba lah, itik cari ayam lah, siku cari pusat lah, aduhh.
 
Tapi macam mana kalau lelaki tu malu, malu nak luahkan, malu nak pandang apatah lagi nak berbual panjang. Tak mahu jadi macam antara kawan baik syaheed ni, dia terlalu sayang, terlalu menjaga dan memang nak buat bini suatu hari nanti  tapi malu lebih daripada semua tu, akhirnya melepas. Tak tahu la, nak kesian dekat dia atau perempuan tu.. Yla, perempuan tu kesian lagi menyedihkan sebab melepaskan lelaki (kawan) syaheed tu yang baik, beragama, rupa ada dan paling penting, betul2 kasih dengan dia..aishh

Jodoh...
Kalau tak cari, macam mana nak jumpa? Kalau tak usaha, macam mana nak dapat? Paling penting, macam mana nak dapatkan jodoh dengan jaga ikhtilat sebaiknya, jaga hati mata iman sebaiknya, jaga nafsu perasaan supaya sentiasa dalam mode berjaga? Dengan kata mudah, islamik punya. Macam mana?

Cinta di bangku sekolah..
Ada yang panggilnya cinta monyet.. Syaheed macam student lain, pernah mencintai dan dicintai. Tapi sampai sekarang tak percaya dengan cinta jenis tu, yelah sebab kita belum matang, otak fikir nak enjoy, tak fikir penerimaan family, tak fikir kehidupan sebelum dan selepasnya. Bahagia atau tidak. Mak pun selalu pesan, syaheed kalau nak cari bini, carilah di U.. Masalahnya, semua dekat sini dah bertunang laa, bernikah laa, yang ada 2 orang anak pun ada aduhh. Yang berkapel jangan cakap la. Memang betul, kapel tak bermakna diorang akan kahwin.. Tapi hati syaheed kuat mengatakan, kuat mendoakan supaya mereka cepat2 kahwin, sebenarnya tak setuju pun dengan tindakan tu sebab sifat cemburu dalam diri ni memang tak dapat dipisahkan. hahaha. Nanti mula lah nak marah tak tentu sebab, mula lah termenung sesorang, mula lah tadak mood nak buat semua benda,spoil. Try act cool and dont care but i could, it was really hard than i expected. hahah macam hareyy ayat XD yang penting, aku benci tengok orang kapel!

Twitter memang kena uninstall, tu tempat memenatkan aku, yelah tulis2 untuk lepas perasaan selepas tu delete sebab malu, sebab tak mahu orang lain tahu condition aku.. And then, penat la nak stalk je selalu, nak cemburu tanpa sebab, Semoga aku sentiasa terpelihara daripada sifat mazmumah, ya Allah yang Maha Mengasihani.

Kata2 seorang sahabat:
Aku suka, caring, menjaga bagaimanapun tetap tak dapat nak bagi dia suka aku. Yelah sebab tu kerja Allah, Tuhan yang Maha Esa yang memiliki segala dilangit dan dibumi untuk membolak balikkan hati. Selagi hatinya tak dapat disentuh, selagi tulah aku takkan dapat, walaupun instint kuat mengatakan yang aku akan pinang dia, kahwin dengan dia, hanya aku yang akan bagi dia kebahagian.. aduh, macam ayat novel -_-' tapi kenyataan, dia lebih happy bila dengan orang lain. Ya Allah, aku mohon supaya aku bersabar dan redho dengan apa yang Kau telah tetapkan di Luh Mahfuz. Ya Allah jika dia benar buatku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu. 







Syaheed tak kan mengalah sebab u will be mine. Someday
#JanjiAllahItuPasti