الله هو ربي وبلدي النبي محمد وبلدي الدين الإسلام

Dec 12, 2015

Mine


Hey blog, dia selalu cakap yang dia kalah apa semua dengan syaheed. Tapi sebenarnya dia tak tahu, dia banyak menang. Look at yourself and proud with it more than i do, tu je syaheed mampu cakap. Ada beberapa aspek yang syaheed lihat ada dalam diri dia, nak contoh? Hahhah. Susah nak taip sebenarnya, sebab taip tak indah seperti apa yang hati gambarkan, eceyh 😂 . 

                PILI CARA PILI CARA


Jujur itu yang paling ketara, setiap apa yang dia buat, dia tak menipu atau mereka cerita. Dia cakap apa yang betul atau dirasakan betul iaitu yang dia rasa. Contoh jujur dia buat? Banyak sangat. Jadi, syaheed memang percayakan dia walaupun dia cakap benda tak logik or susah diterima dek akak, hahhaa.

Rendah diri tu memang sebati lah dalam diri dia. Dia kalau boleh kan nak low profile je, tak mahu orang kenal pun or tengok dia. Jalan menunduk walaupun syaheed tahu yang dia berani orangnya dan bersemangat. 

Baik hati dan menjaga hati memang no1 ciri2 dia. Dia kalau boleh nak jaga hati semua orang disekeliling tapi itu lah yang salahnya, sebab hati sendiri yang banyak terluka sebenarnya. Dia juga jenis yang tak boleh buat orang lain terasa, dia nak diri dia sahaja yang terasa. Diam apabila marah. Senyum walaupun pedih.

Tepati janji? Hurmm. Tentu sekali laa. Benda yang paling susah tapi dah janji, dia akan cuba laksanakan walaupun dengan perlahan lahan. Terharu dengan dia punya usaha memang tak boleh digambarkan. Syaheed hanya mampu tersenyum seorang diri. Nak bagi pujian memang tak laa. Dia tak suka orang puji dia. Tapi kalau hargai memang dia terima, hehhe. So, hargainya adalah bukti ikhlasnya hati syaheed berkawan dengannya.

Nak cerita dia punya keistimewaan or kemenangan, memang takkan habis weh! Tapi, keistimewaan dia juga boleh jadi kelemahan dia. Orang boleh ambil kesempatan kepadanya dan tentu sekali dia yang akan banyak terluka. In sha Allah, syaheed sebagai kawan dia, akan jaga dia selagi mampu. Sentiasa ada disaat diperlukan. 🌸







No comments:

Post a Comment